Nola Ibrahim's Blog !

Nola Ibrahim's Blog !

Sunday, August 7, 2011

Aku sedar ....

Dalam bulan yang penuh barakah, penuh kesucian, bulan Ramadhan. Akhirnya aku menginsafi diri. Aku kini mulai sedar siapa aku di mata Tuhanku sendiri. Cuba mencari keredhaan melalui puasa, amal ibadah, tahan daripada segala cubaan yang mendatang, serta sabar mencuba dalam bertolak ansur dengan ibuku.

Mungkin aku bukanlah anak yang baik untuk seorang ibu, kakak yang boleh dijadikan contoh untuk adik-adiknya, sahabat yang boleh membantu ketika saat kesusahan yang dialami oleh sahabatku sendiri, anak murid yang meneliti segala pembelajaran dan sebagainya. Aku sedar aku makin dimakan oleh usia. Aku juga sedar bahawa aku bukan budak kecil yang mesti di suruh suruh untuk buat itu dan buat ini. Aku harus sedar sekarang. Aku mesti bangun sekarang. Bangun dari mimpi yang selalu menjengah ibarat syurga padahal ia cuma sementara yang sememangnya tidak akan kekal mana.

Mak ! Ampunkan anakmu yang tidak berapa berguna ini. Selalu sahaja susahkan mak dan kecilkan hati mak.
Adik ! Kakak minta maaf sebab tidak menjadi kakak yang boleh dijadikan contoh.
Kawan ! Maafkan aku sebab tidak berada disisi saat kau kesusahan.
Cikgu ! Saya minta maaf kerana tidak tumpukan perhatian di dalam kelas saat cikgu sedang mengajar.
Dan semua !
Saya minta maaf atas segala kesalahan yang pernah dilakukan.
Mahu secara sedar baikpun tidak disedari.
Doa semua amat diharap demi dapatkan kembali diri ku yang dulu.
Diri yang polos, taat kepada segala arahan dan tekun belajar.
Aku tidak ingin diriku yang sekarang.
Diri yang serba moden dan penuh dengan kebencian dalam diri yang semakin tidak dapat dibendung lagi.
Diri yang tidak pernah hiraukan perasaan orang lain.
Aku tidak ingin diri aku sekarang.

Ya ALLAH !! Hanya padamu aku memohon segala keampunan atas dosaku dahulu dan kini. Tidak terdaya ku untuk hadapi cubaan darimu. Berilah kekuatan agar mampu aku jalani segala ini dengan penuh ketaqwaan dan kesabaran. Janganlah kau sesatkan aku setelah kau beri hidayah kepadaku. Pimpinlah aku sentiasa di jalan lurusmu Ya ALLAH.

menuju keabadian yang sejati

No comments:

Post a Comment