Nola Ibrahim's Blog !

Nola Ibrahim's Blog !

Monday, December 5, 2011

Ilmu untuk semua ...

Pengertian Taaruf


Taaruf adalah kegiatan bersilaturahmi, kalau pada masa ini kita bilang berkenalan bertatap muka, atau main / bertamu ke rumah seseorang dengan tujuan berkenalan dengan penghuninya. Boleh juga dikatakan bahawa tujuan dari berkenalan tersebut adalah untuk mencari jodoh. Taaruf boleh juga dilakukan jika kedua-dua belah pihak keluarga bersetuju dan tinggal menunggu keputusan anak untuk bersedia atau tidak untuk diteruskan ke peringkat khitbah - taaruf dengan mempertemukan yang hendak dijodohkan dengan maksud agar saling mengenal.

Sebagai sarana yang sebenar dalam melakukan pengenalan dan pendekatan, taaruf sangat berbeza dengan pacaran. Taaruf secara syar `i memang diperintahkan oleh Rasulullah SAW bagi pasangan yang ingin nikah [rujukan?].Perbezaan hakiki antara pacaran dengan ta'aruf adalah dari segi matlamat dan manfaat. Jika tujuan pacaran lebih kepada kenikmatan sesaat, zina, dan maksiat.Taaruf jelas sekali tujuannya iaitu untuk mengetahui kriteria calon pasangan .


 Proses taarufDalam usaha ta'aruf dengan calon pasangan, pihak lelaki dan wanita dipersilakan bertanya apa saja yang kira-kira berkaitan dengan kepentingan masing-masing nanti selama mengharungi kehidupan. Tapi tentu saja semua itu harus dilakukan dengan adab dan etikanya. Tidak boleh dilakukan cuma berdua saja. Harus ada yang mendampingi dan yang utama adalah wali atau keluarganya. Jadi, taaruf bukanlah bermesraan berdua, tapi lebih kepada perbincangan yang bersifat realistik untuk mempersiapkn sebuah perjalanan panjang brdua. ta'aruf seper hal nya dengan pacaran secara islam


 Tujuan TaarufTaaruf adalah media syar `i yang boleh digunakan untuk melakukan pengenalan terhadap calon pasangan. Sisi yang dijadikan pengenalan tak hanya berkaitan dengan data global, tetapi juga termasuk hal-hal kecil yang menurut masing-masing pihak cukup penting, misalnya masalah kecantikan calon isteri, dibolehkan untuk melihat langsung wajahnya dengan cara yang saksama, bukan cuma sekadar curi-curi pandang atau melihat fotonya. Islam telah memerintahkan seorang calon suami untuk mendatangi calon isterinya secara langsung, Bukan melalui media gambar, lukisan, atau video.

Pada hakikatnya wajah seorang wanita itu bukan aurat, jadi tak ada salahnya untuk dilihat kn...



No comments:

Post a Comment