Nola Ibrahim's Blog !

Nola Ibrahim's Blog !

Monday, March 10, 2014

Hukum Mengunakan Bekas Makanan Orang Kafir



Bismillahirahman nirrahim ..
Assalamualaikum ...

Hukum Menggunakan Bekas Makanan Kafir

1) Kata Jabir: “Sesungguhnya ketika kami menyertai perang bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w, apabila kami mendapati periuk dan bekas minuman musyrikin, maka kami menggunakannya dan Rasulullah s.a.w tidak melarang kami”.

Kata Syams al-Hak al-Azim Abadi: “Hadith ini juga diriwayatkan oleh al-Bazzar” Kata al-Khattabi: “Hadith ini menunjukkan bahawa dibenarkan menggunakan bekas makanan dan minuman kesemua musyrikin tanpa membasuhnya terlebih dahulu dengan syarat (bekas itu tidak digunakan untuk memasak babi
dan/atau menuang arak).

2) Abu Tsa’labah al-Khusani: Sesungguhnya aku berkata kepada Rasulullah s.a.w; “Sesungguhnya kami melalui kediaman ahli kitab sedangkan mereka memasak babi di dalam periuk mereka dan meminum arak dari bekas minuman mereka”. Maka Rasulullah s.a.w bersabda; “Jika kamu mendapati bekas makanan dan minuman selain dari itu, makanlah dan minumlah kamu dari bekas yang lain itu. Jika kamu tidak mendapati selain dari bekas mereka. Maka, basuhlah dengan air dan gunakanlah bekas mereka untuk makan dan minum.

Kata al-Munziri: “Matan hadith ini diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, dan Ibn Majah” Kata al-Khattabi: “Sekiranya diketahui bahawa orang musyrikin memasak babi didalam periuk mereka dan menuang arak di dalam bekas minuman mereka, tidak dibenarkan menggunakan bekas makanan dan minuman mereka melainkan setelah dibersihkan (dengan air terlebih dahulu). Adapun air dan pakaian mereka adalah suci seperti air dan pakaian muslim kecuali sekiranya mereka merupakan kaum yang menggunakan najis seperti air kencing untuk menyucikan pakaian mereka.


:: Pengajaran daripada Hadith ::


1) Bekas makanan dan minuman orang kafir tidak perlu disamak dengan tanah sebelum digunakan.


2) Gelas arak dan periuk yang pernah digunakan 
untuk memasak babi boleh digunakan setelah dibasuh dengan air.


3) Hendaklah mendahulukan bekas yang tidak pernah digunakan untuk arak dan babi.

4) Bekas makanan dan minuman orang kafir yang yang tidak memakan babi dan tidak meminum arak adalah suci.

No comments:

Post a Comment