Nola Ibrahim's Blog !

Nola Ibrahim's Blog !

Friday, March 28, 2014

Pisang Goreng oh Pisang Goreng



Bismillah hirrahman nirrahim ...
Assalamualaikum wrb ...

Ermmm yummy kan kalau dengar dari tajuk nya sahaja. Tipulah kalau kita tidak pernah menghadap makanan nie dan makannya kalau tidak seorang mesti nikmatinya pun beramai-ramai kan ...

Begitu juga aku. Tak tau kenapa, saat ini dan ketika ini, pisang gorenglaaa sahabat aku yang paling setia dikala petang hari. Tenang jiwa, rasa nyaman jer bila ditambah lagi dengan teh panas sebagai pelengkap minum petang. Sambil pandang memandang kenderaan yang lalu lalang dari sudut Kafe Kolej Bunga Raya, UNIMAS iaitu tempat kediaman aku terkini membuatkan aku lagi merasa seperti berada di beranda rumah sendiri. Well, walaupun berkongsi dengan orang lain kan apa aku ada kisah akan hal tuh.

Kelebihan yang aku dapat dari menikmati Goreng Pisang nie juga apalagi dikala petang petang macam nie, dapat menyemarakkan lagi idea dan pemikiran aku hendak melakukan kerja tanpa perlu berasa kusut akan sesuatu perkara yang aku rasa tak perlu untuk aku kusutkan juga. Haaaa kannn ...

Ditambah lagi bila layan Youtube kat kafe nie. Lagi laaaaa bertambah suka aku ... Hahahaha ... Memanfaatkan kuasa WiFi yang ada kan tiada salahnya apatah lagi bergelar student. Dan kami juga bayar yuran ok ! :D :D Hehehehehe .... Tapi yang penting, Pisang Goreng memang peneman sejati for me right now.


p/s: Mari Makan Goreng Pisang

No comments:

Post a Comment