Nola Ibrahim's Blog !

Nola Ibrahim's Blog !

Sunday, March 23, 2014

Wonder ....



Bismillahirrahman nirrahim
Assalamualaikum wrb.

Apa yang sebenarnya aku mahu? Aku mahu dia atau "dia" sebenarnya? Yang mana satu sebenarnya yang aku mahu ??? Pening ! Dan aku pening lagi bila memikirkan hal ini.

Yang satu, telah pelbagai "hint" aku beri tapi tetap juga dia buat tak tahu, buat tidak peduli, buat seakan-akan aku ini tiada perasaan terhadapnya padahal dia lah yang selalu ingin aku temui, ingin aku lihat walaupun hanya dari jarak yang jauh. Tiap hari juga aku berdoa dan bertanya sendiri adakah dia layak untuk aku dan adakah aku layak untuk dia. Walaupun pengetahuan aku dalam agama tidaklah sebanyak dia tapi setidak-tidaknya aku berharap aku dapat seorang imam seperti dia untuk membimbing aku dari terus menjadi jahil dalam agama. Tidaklah aku kata aku jahil dalam agama, tapi bermaksud aku mendapat lelaki yang benar dalam hidup yang boleh membawa aku kearah yang benar juga dan bukannya ke arah yang salah.

Yang lagi satu, sifat penyayangnya sangat terserlah kepadaku tapi membuatkan aku rasa bersalah dimana hati aku telah terpaut pada yang lain. Aku juga merasa tenang dan selesa bila bersamanya tapi adakah aku juga suka padanya? Aku juga tidak mengetahui akan perasaan aku sendiri. Aku menjadi bingung yang teramat bila memikirkan hal ini. Hendak aku buang segala perasaan yang ada tapi sudah lumrah, sekali berpaut, pastinya sentiasa terpaut.

Siapakah ?? Atau tidak perlukah aku memikirkan ini semua?? Yaa memang .. Aku masih seorang yang bergelar pelajar tapi aku juga manusia, punya hati dan perasaan ingin mengasih dan dikasihi.

Entahlaaa ... Entahlaaa ... Aku pun entahlaaaa ... Biarlaaaa .. Tak mampu lagi untuk aku begini. Hanya mampu "follow the flow" sahaja ...

Moga ALLAH tunjukkan yang selayaknya untukku. Amin.


Ku katakan dengan indah, dengan terbuka hatiku hampaSepertinya luka menghampirinyaKau beri rasa yang berbeda mungkin ku salah...Mengartikannya yang ku rasa cinta
Tetapi hatiku selalu meninggikanmuTerlalu meninggikanmu, selalu meninggikanmu
Kau hancurkan hatiku, hancurkan lagiKau hancurkan hatiku tuk melihatmuKau terangi jiwaku, kau redupkan lagiKau hancurkan hatiku tuk melihatmu
Membuatku terjatuh dan terjatuh lagiMembuatku merasakan yang tak terjadiSemua yang terbaik dan yang terlewatiSemua yang terhenti tanpa ku akhiri

No comments:

Post a Comment